• UTAMA
  • KENALI ROSELLE
  • TENTANG KAMI
  • PRODUK
  • POLISI
  • Blog

SIAPA KAMI?

Ketahui Kisah Kami....

SORRELLICIOUS LEGACY

SORRELLICIOUS LEGACY telah ditubuhkan sejak 01 November 2018 dan didaftarkan secara rasmi pada 23 Ogos 2019. Dimiliki oleh 100% Muslim Malaysia dan beroperasi di Klang, Selangor.
Kami menyediakan perkhidmatan pemprosesan, pengeluaran dan pembekalan produk berasaskan roselle segar. Kami menggalakkan kepada orang ramai untuk mengamalkan pengambilan minuman botani bagi kehidupan yang lebih bahagia dan juga sihat. Inilah antara cara kami menyumbang kepada masyarakat sambil memastikan kejayaan perniagaan dalam jangka masa panjang.

VISI

Menjadi pengeluar produk minuman berasaskan roselle jenama Sorrellicious yang berkualiti dan diyakini di Asia Tenggara

MISI

Mandat kami adalah...* Memastikan pengeluaran bahan mentah menepati standard piawaian.* Memberi keutamaan mempelbagaikan rangkaian produk roselle dengan penyelidikan terkini bagi meningkatkan mutu keluaran yang berkesan dan mengikut permintaan pasaran.* Memberikan perkhidmatan (sebelum dan selepas) yang terbaik kepada pelanggan.* Mewujudkan keseronokan, kesegaran dan semangat kepada pelanggan dengan kebaikan roselle khususnya untuk mereka yang mementingkan kehidupan yang sihat. * Menjalankan pemasaran secara online dan offline secara berterusan.

PUAN SITI SURAYA SHARIFF

PENGURUS
Puan Siti Suraya Binti Shariff merupakan pengasas kepada Sorrellicious Legacy yang telah berdaftar pada tahun 2019. Beliau adalah Usahawan Bimbingan MARDI. Beliau merupakan Juara Usahawan Masterclass Buletin FM bagi Pusingan Ke-3 yang telah berlangsung pada Oktober 2022 yang lepas. Selain itu beliau juga merupakan salah seorang finalis Ikon Agro Selangor 2020 dan juga telah terpilih bagi mengisi slot Inspirasi Wanita Nona edisi Kemerdekaan tahun 2020 dan juga segmen Bijak Tani yang disiarkan di TV 9.
Beliau telah menamatkan pengajian Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dan juga Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian (Pembangunan Sumber Manusia) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pn Suraya mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan dan sumber manusia di beberapa syarikat seperti Micro-CTL Automation Sdn Bhd, ISTECH Sdn Bhd dan juga Admuda Sdn Bhd.

PUAN FARKHANA NASRON

PENGURUS OPERASI
Puan Farkhana Binti Nasron merupakan pengasas bersama di dalam Sorrellicious Legacy. Beliau merupakan penerima Anugerah Aspirasi Kuala Langat pada September 2022 dan usahawan di bawah Jabatan Pertanian Kuala Langat. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang finalis Ikon Agro Selangor 2020 dan juga telah terpilih bagi mengisi slot Inspirasi Wanita Nona edisi Kemerdekaan tahun 2020 dan juga segmen Bijak Tani yang disiarkan di TV 9.
Beliau telah menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Elektronik (komputer) dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Puan Farkhana mempunyai lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam bidang terknikal dan perkhidmatan pelanggan di beberapa syarikat seperti Micro-CTL Automation Sdn Bhd, VADS Berhad dan SCICOM (M) Sdn Bhd.

BAGAIMANA KAMI MELIHAT SORRELLICIOUS PADA MASA HADAPAN

Kami yakin Sorrellicous akan terus berkembang seiring dengan pembangunan teknologi terkini. Sorrellicous akan berada antara 3 syarikat utama pengeluar roselle di Asia yang menjadi pilihan pelanggan. Kami juga komited untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi dan universiti-universiti untuk menyumbang lebih banyak penyelidikan dan penemuan baru dalam bidang pendidikan dan juga pengkomersialan produk.
Kami percaya kepada dua teras utama untuk bersedia berhadapan dengan cabaran di masa hadapan iaitu terus berinovasi sambil mengekalkan keuntungan operasi yang kukuh. Kedua-dua aspek ini digabungkan menjadi pemacu utama daya hidup dan pertumbuhan berterusan sebagai sebuah empayar.

AGENSI PEMBIMBING

Tanpa agensi-agensi yang membimbing Sorrellicious, sudah pasti kami tidak dapat mencapai sehingga ke tahap sekarang. Bermula dari rumah dan kini Sorrellicious berjaya mendirikan premis pemprosesan produk roselle. Sekalung penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam memberi tunjuk ajar kepada Sorrellicious.
Copyright © All rights reserved.
SORRELLICIOUS LEGACY
Kami merupakan pengeluar minuman roselle yang tinggi khasiat dan kaya dengan vitamin C. Kami membantu anda dengan membekalkan hasilan roselle tanpa perlu anda bersusah payah. Mudah & Cepat!
HUBUNGI KAMI:
LOT 15037, JALAN JOHAN SETIA Klang 41200 MY
016-6104563 - Hotline

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. By clicking Accept you consent to our use of cookies. Read about how we use cookies.

Your Cookie Settings

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. Read about how we use cookies.

Cookie Categories
Essential

These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our websites. You cannot refuse these cookies without impacting how our websites function. You can block or delete them by changing your browser settings, as described under the heading "Managing cookies" in the Privacy and Cookies Policy.

Analytics

These cookies collect information that is used in aggregate form to help us understand how our websites are being used or how effective our marketing campaigns are.